You are here: Home
Projek 100 tahun MCKK dipuji PDF Print E-mail
Written by fuqaha   
Sunday, 24 June 2007

 

Hari Ucapan MCKK

 

KUALA KANGSAR: Institusi pendidikan di negara ini perlu mempunyai perancangan yang meliputi aspek pembangunan, pentadbiran dan arah tuju kecemerlangan akademik dan kokurikulum jangka panjang supaya sistem pendidikan Malaysia dapat bersaing di peringkat global.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah, sekolah dan institusi pendidikan lain perlu mencontohi perancangan 100 tahun ke hadapan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang dibuat oleh Lembaga Pengelola kolej terbabit menerusi projek yang dinamakan 'Projek Sayong'.

Baginda bertitah, MCKK adalah lambang kejayaan bangsa dan setiap pihak perlu lebih kreatif dan inovatif bagi merealisasikan matlamat melipat gandakan cerdik pandai anak bangsa di persada antarabangsa.

"Beta amat kagum kerana perancangan projek seperti ini terhasil dan pada dasarnya diperakui oleh Kementerian Pelajaran.


"Projek seperti ini yang patut dicontohi oleh institusi pendidikan lain di negara ini agar sistem pendidikan negara dapat bersaing pada peringkat global," titahnya sempena Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah MCKK di sini, semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Ahli Lembaga Pengelola MCKK, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah dan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Tuanku Mizan bertitah, MCKK tergolong dalam kelompok Sekolah Berasrama Penuh yang diiktiraf kementerian sebagai sekolah kluster yang tidak harus disia-siakan kerana ia adalah perangsang bagi mengejar kejayaan lebih baik pada masa depan.

Titahnya, kepintaran atau sebaliknya bukan dicipta Tuhan untuk menjadi milik suatu bangsa atau kaum tetapi bagi bangsa Melayu, wadah untuk menjadi pintar dan bijaksana sudah disediakan menerusi MCKK yang harus digunakan pelajar dan warganya sebaik mungkin.

"Beta menyeru agar warga MCKK harus mencipta lebih banyak kejayaan gemilang sebagai bahan sejarah untuk generasi akan datang, keistimewaan yang dikecapi ini hendaklah digunakan semaksimum mungkin kerana tidak semua berpeluang untuk belajar dan bekerja di kolej ini," titahnya.

Baginda bertitah, MCKK mempunyai sejarah panjang yang gemilang sejak 1905 selaras dengan moto ‘Kebijaksanaan Mutu Manusia’ yang harus dipelihara supaya keunggulannya dalam bidang akademik dan olahraga sentiasa dipertingkat.

"Beta percaya dengan sokongan semua khususnya Persatuan Murid Tua MCKK, kolej ini akan terus bertahan sebagai sebuah institusi pendidikan bangsa Melayu yang tidak lapuk dek hujan tidak lekang dek panas," titahnya.

Sementara itu, Hishammuddin turut mengumumkan pembinaan dewan perhimpunan baru untuk MCKK yang akan dibina mengikut peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Katanya, sekolah yang termasuk dalam kelompok kluster perlu mempunyai perancangan kukuh untuk kemajuan pendidikan dan bukan sekadar mementingkan kemudahan infrastruktur selain rangkaian sekolah antarabangsa sebelum boleh bercakap mengenai soal bangunan atau infrastruktur.

"Sekolah terbabit perlu membuktikan bahawa mempunyai kekuatan kepemimpinan selain mampu bekerjasama dengan semua pihak selain menunjukkan perancangan mereka untuk cemerlang dalam pendidikan.

"Pembinaan bangunan atau kemudahan infrastruktur tidak berakhir di sekolah lama atau tiada kemudahan tetapi sekolah kelompok juga memerlukan perhatian supaya dapat bersaing dalam rangkaian sekolah antarabangsa seperti MCKK," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Reference : 1. Berita Harian 2. NSTP 

Comments (5)

Subscribe to this comment's feed

Show/Hide comments
...
62
Tu booth student jepon!! smilies/grin.gif
fuqaha , June 24, 2007
...
71
sad to say but true...

RAUHI glory gile babi!

Anyway, i'm glad that koleq gets the limelight.

Kudos!
...
200
tahniah utk koleq smilies/cheesy.gif
Muhammad Alif Anwar , June 25, 2007
publisiti~
81
mantap geLL publisiti utk koleq thn ni..
...
74
alhamdulillah, got more attention than never before...
congrats to Mr. Rauhi...... smilies/grin.gif
Mohamad Akashah , July 25, 2007

Write comment

You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
Last Updated ( Sunday, 24 June 2007 )
 
< Prev   Next >
[+]
  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size