You are here: Home
Pendebat MCKK Cemerlang PDF Print E-mail
Written by fuqaha   
Thursday, 07 June 2007

Taken from Harian Metro 

KESUNGGUHAN melahirkan pendebat berkualiti secara berterusan membuahkan hasil membanggakan bagi Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) apabila sentiasa mencatat kejayaan membanggakan. 

Malah, kejayaan yang diraih saban tahun menjadikan MCKK sebagai sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang kaya dengan tradisi kegemilangan sejak zaman awal penubuhannya hingga ke saat ini.

Sekolah yang diasaskan pada 1905 di Kuala Kangsar, Perak itu selain hebat dalam bidang kokurikulum, turut diiringi dengan kecemerlangan dalam akademik.

Pasukan debat MCKK meraih banyak kejayaan di peringkat negeri dan kebangsaan dalam kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

debate

 
Baru-baru ini, sekolah itu dinobatkan selaku juara Piala Tun Sri Lanang dalam Pertandingan Debat Antara Sekolah-Sekolah Menengah Malaysia 2007 bagi kategori Bahasa Melayu di Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur.


Kejayaan itu adalah kesinambungan daripada pelbagai catatan kecemerlangan pada masa lalu yang pernah diraih pasukan bahas MCKK.

Bagi membentuk kumpulan pendebat berkebolehan, MCKK yang popular dengan slogan Fiat Sapientia Virtus (Kebijaksanaan Mutu Manusia) sentiasa berusaha gigih dengan mencari pelbagai kaedah latihan dan pendekatan baru bersesuaian dengan perkembangan semasa.

Sekumpulan tenaga pengajar turut dibentuk bagi merealisasikan segala perancangan itu dengan diketuai Guru Penyelaras, Safuan Raba'ai.

Kumpulan itu pula dibahagi kepada dua unit dengan guru penasihat masing-masing iaitu Bahasa Melayu membariskan Umi Kalthum Nordin, Azfa Ilyana Ishak dan Azmi Ali manakala Bahasa Inggeris, Sharifah Nor Azam, Nor Safaliza Ibrahim dan Syed Alias Syed Othman.

Umi Kalthum berkata, bagi mencapai matlamat, MCKK membentuk beberapa bengkel perbahasan dengan tema berbeza dan sesi perbincangan antara semua ahli terbabit sejak beberapa tahun lalu.

Kaedah itu akan memberi peluang kepada tenaga pengajar mengenal pasti segala kelemahan dan kekurangan pada diri pelajar sebelum menyertai sebarang pertandingan.

“Kami dibantu beberapa bekas penuntut MCKK yang pernah mewakili sekolah ini dalam pertandingan perbahasan untuk memberi latihan kepada pelajar.

“Selain latihan sedia ada, pendekatan ini dilihat memberikan kesan positif terhadap barisan pendebat MCKK,” katanya.

Sesi latihan berterusan dijalankan itu bakal memudahkan pengurusan sekolah memilih dan membentuk barisan utama pendebat untuk menyertai pertandingan perbahasan.

Ada 30 pelajar yang menyertai kumpulan pendebat daripada kedua-dua kategori Bahasa Melayu dan Inggeris itu.

Selain itu, sesi latihan dan bengkel berterusan juga mampu membentuk tahap disiplin tinggi di kalangan pelajar.

Menurut Uni Kalthum, manfaat lain diperoleh ialah kemampuan merubah penampilan dengan membentuk keyakinan diri terhadap diri pelajar.

“Latihan akan menjadi lebih kerap apabila sesuatu pertandingan semakin hampir. Latihan merangkumi aspek teori dan praktikal dengan penekanan pada kepetahan dan kelancaran bertutur.

“Ini juga bagi membentuk persefahaman jitu di kalangan pelajar terpilih,” katanya.

PROFIL

Sekolah: Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Kuala Kangsar, Perak

Kelab: Pasukan Debat MCKK

Pengetua: Mohd Rauhi Mohd Isa

Guru Penyelaras: Safuan Raba'ai

Guru Penasihat (Bahasa Melayu): Umi Kalthum Nordin, Azfa Ilyana Ishak dan Azmi Ali

Guru Penasihat (Bahasa Inggeris): Sharifah Nor Azam, Nor Safaliza Ibrahim dan Syed Alias Syed Othman

Bilangan ahli: 30 orang - 15 (Bahasa Melayu) dan 15 (Bahasa Inggeris)

Comments (4)

Subscribe to this comment's feed

Show/Hide comments
waa!!
62
Aku rindu cikgu Umi !!!

smilies/cry.gif
fuqaha , June 07, 2007
...
77
smp ble la koleq kn jd maktab..
upsi pn dh x jd maktab..
jd cejgu ler sume bdk koleq..
huhu..
Mohd Kamarul Bin Othman , June 10, 2007
...
77
gmbr kt atas tu, kiri skl aleng ker??
naper kacak sgt..???
haha..
Mohd Kamarul Bin Othman , June 10, 2007
...
62
a'ah.. tu yg aku pelik tuh.. muke cam along je.. bohjan. bohjan..
fuqaha , June 10, 2007

Write comment

You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
Last Updated ( Wednesday, 13 June 2007 )
 
< Prev   Next >
[+]
  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size