You are here: Home
MCKK, SAS Menang Debat PDF Print E-mail
Written by fuqaha   
Wednesday, 18 April 2007

 

debate

 

KOLEJ Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Sekolah Alam Shah (SAS), Putrajaya muncul juara Pertandingan Debat Sekolah-Sekolah Malaysia 2007 yang berlangsung di Auditorium Pusat Aktiviti Kebudayaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, semalam. Pada pertandingan merebut Piala Tun Sri Lanang dan Piala Munsyi Abdullah, MCKK selaku pasukan pembangkang menewaskan Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya bagi kategori Bahasa Melayu yang membahaskan tajuk Peperangan Adalah Jalan Terbaik.

Sementara, SAS selaku pembangkang menjuarai kategori Bahasa Inggeris dengan mengetepikan pencabarnya, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (Star), Ipoh dalam tajuk This House Believe As That Open Source Software Should Be Made Mandatory In Government Offices.

Dengan kemenangan itu, MCKK yang dibarisi pendebat Aslam Abd Jalil, Mohd Amirul Asyraf Mohd Hanaffi, Muhammad Affendy Hasni dan Mus’ab Abdul Manan (simpanan) menerima Piala Tun Sri Lanang, wang tunai RM2,000, piala iringan dan sijil penghargaan.

Pasukan SAS yang diwakili Darimi Saadon, Muhammad Khalid Azizuddin, Nuruddin Abdul Aziz dan Hairul Abdul Rashid (simpanan), memperoleh Piala Munsyi Abdullah, wang tunai RM2,000, piala iringan serta sijil penghargaan.

Kedua-dua sekolah turut mencatat kejayaan berganda apabila Darini dan Muhammad Affendy diumumkan pendebat terbaik pertandingan akhir. Masing-masing menerima wang tunai RM300, piala iringan dan sijil penghargaan.

Naib johan kedua-dua kategori masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1,000, piala iringan dan sijil penghargaan.

Pendebat terbaik keseluruhan dimenangi Muhammad Affendy bagi kategori Bahasa Melayu, manakala Muhamad Zuhri Kamil Mohd Sapii bagi kategori Bahasa Inggeris.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Setiausaha Parlimen, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Hadir sama, Timbalan Rektor Akademik dan Penyelidikan UIAM, Prof Datuk Dr Mohd Azmi Omar.

Pertandingan Debat Sekolah-sekolah Malaysia 2007 ditaja TIME Engeneering Bhd sebagai penaja utama, selain Petronas, Kesatuan Alumni UIAM dan IIUM Holdings Sdn Bhd, manakala akhbar Berita Harian selaku media rasmi.

Pertandingan tahun ini menyaksikan penyertaan terbanyak 162 pasukan membabitkan 810 peserta dan guru pengiring.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Pendidikan/20070418075618/Article/ 

Comments (10)

Subscribe to this comment's feed

Show/Hide comments
congratulations
124
alhamdulillah... it has been 4 times u guys enter the final and finally u all win.. I'm very proud of it. Still remember when I was in f5, I'm the first budak koleq who lead the bm debating team to the final uiam debating competition. At that time, Aleng was the 1st speaker, hairul the 2nd speaker and myself as the 3rd speaker.(I see, aleng dah tinggi sekarang..hahaha...).So,from now on u guys must win ppm for this year and onwards. It's nothing if u win iium debating a thousand time but u never win in the ppm. good luck!
DEBAT PIALA UIAM..AKHIRNYA~
81
assalamualaikum.. alhamdulillah.. penat lelah coaches of koleq debating team yg terdiri drpd diri ini,abg raf (class of 94), helman (class of 06) utk debate bm,membuahkan hasil..4 tahun layak beraksi di pentas final, namun kali ini baru dapat merasa hasilnya..indahnya dan nikmatnya menjulang piala tun sri lanang dgn gelaran juara, sukar digambarkan dgn kata2..lebih menggembirakan apabila koleq menang 9-0 di pentas final itu, suatu rekod dlm sejarah debat uia..menang di semi final menentang mrsm pasir salak dgn juga juri 9-0, suku akhir menentang tkc dgn juri 7-0, pengalaman yg cukup membanggakan..bg yg pernah melangkah ke peringkat akhir sebelum ini, anda mungkin tidak boleh berasa bangga spt mereka kerana anda dibantu sewaktu 30 minit masa persediaan, sedangkan mereka hanya berempat melakukan persediaan selama 30 minit itu, kerana menurut peraturan baru, sewaktu kuarantin hanya 4 org pendebat yg boleh berbincang..siapa kata menang debat uia tiada maknanya? pertandingan debat ini adalah pertandingan debat TERBESAR DI MALAYSIA utk sekolah menengah..publisitinya meluas, lebih luas drpd menang ppm..hadiahnya gemilang, menang ppm pun dpt jam shj, menang debat uia dpt rm2000..mungkin org yg melihat dr jauh boleh memberi pelbagai komen dan pendapat, namun nasihat diri ini utk semua, rasai pengalaman melatih pasukan ini, barulah anda tahu betapa sukarnya utk memenangi sesebuah pertandingan..utk english debating team, you guys are simply the best..memenangi kesemua 7 pusingan awal, namun apa boleh buat rezeki anda hanya setakat di separuh akhir shj apabila tewas di tgn sas di semi final..congrats 4 both teams!!

BM DEBATING TEAM
MCKK A
ASLAM ABD JALIL
MOHD AMIRUL ASYRAF MOHD HANAFFI
MUHAMMAD AFFENDY MOHD HASNI
MUS'AB ABD MANAN

MCKK B
NASRULLAH
AQWA ALIFF
YUHAIKAL FITRI
ANIP

ENGLISH DEBATING TEAM
MCKK
RASHAD
ADLI SAMSUDIN
NABIL KHORLID
FIDO

CONGRATS UTK SEMUA!! CONGRATS JUGA KEPADA TEAM PPM KOLEQ UTK DEBATE BM, ENGLISH AND BASKETBALL FOR WINNING THE NORTH ZONE PPM..IT IS A RECORD FOR KOLEQ WINNING TRIPLE!!

Yang benar,
izzat jonid
(org yg sentiasa berada bersama team debate koleq, dulu, kini dan selamanya....)
...
63
izzat,ko x cngratz kt orchstra pn..huhu..neway,congratz gak kt koleq..u're still da best!!!
oppss..
81
lupa larr sufee..sori2..aku skrg tgh bz menulis dlm blog coz ada org argue mcm mana koleq boleh menang hari tu sampai 9-0, so aku terpaksa larr tulis utk reply blk kat pihak2 terbabit tu..btw, aku dpt berita orkestra dpt gold waktu kat uia..so congrats gak kat team orkestra koleq!! chaiyo2!! wah~ gemilang lg larr jwbnya!!
whats wrong??
124
I think on my comment before this I was just saying congratulation to the debating team and challenge them to win the ppm trophy. But if someone try to show off himself that he is the greatest coach ever who train them to enter the final stage 4 times then congratulation to you. I dont want to start to fight but comparing me, my old history with you and your team is not the best way to show your respect to someone else. I think each of budak koleq know how to give respect even to their enemy. If u hate me then fine, just say it. for me, if someone try to start the old revenge and start comment on someone opinion which come from his inside has dissappointing me alot. So, carefull with your words.
...
62
awat nih... dah keluar koleq pon nak ade hatred lagi ke? smilies/angry.gif

korang dua stop la.. udah2 la tuh.. tak best la ade member gado2.. smilies/tongue.gif
fuqaha , April 24, 2007
...
63
ntah pape ntah..korg ni mmbr batch ke x..??
...
90
poyos logos..
if korg bace betul2 semue comments dr awal,
korg akan dpt tau sape yg start dlu if u guys really understood what he's tryin to say la
im not siding anyone but,cukup la jadi poyo n riak!
peace~.one love!
hahaha
masyhur abdullah , April 26, 2007
eh? ada salah faham rupenye~
81
kejap..ni apasal ada yg terasa pulak ni? aku tak pernah langsung berniat nak melukakan hati sape2..apa yg aku buat adalah skdr nak promote debate uia, betapa grand debate ni sebenarnya.bukan nak mulakan balik sengketa lama ke benda..even if org kata aku nak riak ke mende, it's up to you guys..ok2, kalau ada yang terasa, ampun dan maaf saya hulurkan, moga terampun segala kesilapan dan keterlanjuran..ok? yg penting jgn mudah melatah dan jgn mudah bertindak balas tidak tentu arah..doakan kejayaan team koleq (basket, debate bm & bi) dalam ppm kat sakti hujung bln depan ok? assalamualaikum

(pening aku, dah larr nak kena defend budak2 tu anasir luar bergelar www.akademidebat.com yg mempertikaikan kemenangan diorg,kena pulak defend diri sendiri kat sini..memang ditakdirkan jd lawyer larr aku ni..huhu)
smilies/smiley.gif
...
62
testing comments..
fuqaha , February 08, 2008

Write comment

You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
Last Updated ( Tuesday, 24 April 2007 )
 
< Prev   Next >
[+]
  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size