|
Sijil Mati Untuk Lina Joy |
|
|
|
|
Written by mohd aiman ashri
|
|
Friday, 08 June 2007 |
 “Terima keputusan Lina Joy - PM”. Inilah tajuk utama Utusan Malaysia 1 Jun lepas. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat supaya menerima keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Azlina Jailani atau Lina Joy dengan terbuka dan tidak membenarkan diri mereka dipengaruhi emosi. Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Lina Joy yang mengaku murtad sejak 17 tahun lalu untuk menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya dengan penghakiman secara majoriti 2-1. Mahkamah menegaskan Azlina, 42, yang menukar namanya kepada Lina Joy perlu mendapatkan perakuan daripada Mahkamah Syariah bahawa dia telah murtad sebelum Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya. Pada masa yang sama, Abdullah turut menyangkal dakwaan seorang wartawan media asing bahawa undang-undang Islam kini mengatasi Perlembagaan Persekutuan negara ini. “Tak ada perkara macam itu (undang-undang Islam mengatasi Perlembagaan Persekutuan). Perlembagaan Persekutuan ialah Perlembagaan Persekutuan. Ada satu set undang-undang yang perlu kita patuhi. Ia merupakan sesuatu yang perlu kita patuhi, itu sahaja”, katanya [UM 01/06/07]. |
|
Last Updated ( Wednesday, 13 June 2007 )
|
|
|
20 banduan kes berat hafaz al-Quran dalam penjara |
|
|
|
|
Written by fuqaha
|
|
Sunday, 15 October 2006 |
Oleh SYAHRIL A. KADIR KUALA LUMPUR 14 Okt. – Penjara Kajang berjaya membuktikan bahawa penjara bukan suatu institusi tempat banduan menjalani hukuman semata-mata apabila ada di antara banduan di situ berjaya menjadi tahfiz al-Quran. Sebanyak 20 banduan termasuk yang menjalani hukuman penjara sepanjang hayat kerana kesalahan berat seperti membunuh dan merogol, berjaya lulus ujian menghafaz sekurang-kurangnya satu juzuk al-Quran di Penjara Kajang, semalam. Difahamkan, kebanyakan mereka yang lulus ujian tersebut, ketika mula memasuki penjara itu mempunyai pengetahuan agama sangat rendah termasuk tidak mahir langsung dalam tajwid. Bagaimanapun atas inisiatif pegawai dan anggota Unit Agama Jabatan Penjara, mereka dipilih menyertai program bimbingan agama atau halaqah sebelum dimasukkan pula ke kelas menghafaz al-Quran hingga berjaya dalam ujian itu. |
|
|
MENUJU KESEMPURNAAN BERPUASA |
|
|
|
|
Written by mohd aiman ashri
|
|
Tuesday, 10 October 2006 |
Firman Allah Taala : Ertinya : Wahai mereka yang telah beriman ! Telah difardukan ke atas kamu puasa sebagaimana telah difardukan ke atas mereka sebelum kamu, supaya kamu bertakwa. (Al-Baqarah : 183)
Hendaklah diketahui dan diinsafi bahawa : Tiadalah dimaksudkan dengan berpuasa itu sekadar menahan makan minum dan menahan diri dari segala sesuatu yang membatalkan rupa puasa (rangka bentuknya yang zahir). Maksud sebenar yang dituju ialah bekasnya atau kesan-kesannya iaitu : Menahan diri dari menuruti segala rupa keinginan yang diperintahkan kita menentangnya dengan senjata-senjata yang tajam (Sabar dan takwa). Hal ini tidak dapat dicapai oleh seseorang kecuali dengan menahan lidah dari menuturkan kata-kata yang keji, umpat, fitnah, dusta, pertengkaran mulut dan menahan pendengaran dari segala yang tidak disukai dan seterusnya menahan penglihatan dari melihat segala yang berlawanan dengan takwa atau bakti kepada Allah.
Ayat di atas menerangkan bahawa difardukan puasa "supaya kamu bertakwa". Dari itu nyatalah bahawa puasa itu menjadi pemelihara yang mendindingi antara kita dengan keinginan-keinginan nafsu yang angkara dan ingin kepada kemungkaran. Sabda Nabi SAW. : Ertinya : Hanya puasa itu adalah perisai, maka apabila salah seorang kamu berpuasa, janganlah ia menuturkan perkataan yang keji dan jangan bersifat jahil, dan apabila seseorang mahu berkelahi dengannya atau memakinya, hendaklah ia katakan : Saya berpuasa (dari hadis riwayat Bukhari) |
|
Last Updated ( Wednesday, 11 October 2006 )
|
|
|
PUASA ENAM IBARAT PUASA SETAHUN |
|
|
|
|
Written by ShahMatRock
|
|
Thursday, 28 September 2006 |
 Alhamdulillah kita sedang menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan ini. Sama-samalah kita mengharapkan mudah-mudahan Allah menerima amalan puasa kita. Di samping itu juga diharapkan agar latihan ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadhan seperti puasa, solat sunat, sedekah, bacaan Quran dapat diteruskan dalam bulan-bulan lain sehinggalah kita bertemu Ramadhan 1428H. akan datang. Setiap amalan ada kesan dan hasilnya. Ibadat puasa Ramadhan ini mampu menjadikan kita orang yang bertakwa. Inilah intipati dari Ramadhan. Kelazatan puasa memuncak ketika berakhirnya Ramadhan. Kita inginkan keberkahan Ramadhan ini berpanjangan hingga setahun, tapi apakan daya ia datang hanya sebulan saja. Sungguhpun begitu, kita masih berpeluang meneruskan puasa selepas 1 Syawal. Adalah menjadi amalan sunat mengerjakan puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Ia boleh dilakukan mulai 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan atau mana-mana 6 hari dalam bulan tersebut. Nabi Muhammad saw. bersabda "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh." |
|
Last Updated ( Thursday, 28 September 2006 )
|
|
|
Written by ShahMatRock
|
|
Thursday, 28 September 2006 |
 Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah. Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman). Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau. Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa. Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini. Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman. Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam. Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W. Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat. |
|
Last Updated ( Thursday, 28 September 2006 )
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>
|
| Results 1 - 10 of 13 |