You are here: Home arrow News arrow Minyak Oh Minyak..
Minyak Oh Minyak.. PDF Print E-mail
Written by ikhwan   
Thursday, 05 June 2008

Semalam 4 Jun 2008, Paklah telah mengumumkan fiesta isi minyak, fiesta ini berjaya menyebabkan stesen minyak stesen minyak diseluruh negara penuh. Di ampang misalnya, highway sesak dengan ribuan kereta mengambil giliran untuk mengisi minyak, dan bukan di ampang sahaja, malah diseluruh kl, walhal dengar cerita fiesta ini mendapat sambutan dari seluruh negara!!

Sebelum ini, yang amat berhormat perdana menteri kita telah mengumumkan bahawa harga minyak akan naik pada bulan lapan dengan kadar 40 sen seliter, hal ini menjadikan rakyat terkedu apabila kira-kira jam 6 petang waktu tempatan 4 jun, berita mengenai kenaikkan harga minyak diumumkan. malah kenaikkan yang lebih awal dari jangkaan ini bertambah merungsingkan rakyat apabila harga nya naik sebanyak 78 sen seliter!! Kemanakah janji paklah yang ditaburkan dulu? adakah paklah telah mengikut jejak langkah bekas pemimpin kita Dr M yang dikatakan masuk air itu? Peranan kerajaan untuk meringankan beban rakyat ternyata akan menjadi satu LAGENDA dan BONEKA dalam panji kerajaan. Bahkan rakyat semakin hari semakin ragu terhadap pucuk pimpinan Kerajaan, PM menjanjikan bahawa subsidi akan diberikan kepada pemilik kenderaan sebanyak RM 600 ringgit sewaktu mempebaharui cukai jalan dalam setahun, dan ternyata teknik ini berjaya MENGABURI mata rakyat. Mari kita lakukan sedikit kiraan matematik.

seliter minyak naik = 0.78

isi sekali dalam 5 liter = 3.9
sepuluh hari = rm 39
sebulan = 39 x 3 = rm 117
setahun = 12 x 117 =1404
Kenaikkan harga minyak - subsidi = 1404 - 600 = RM 804

 

Itu harga kenaikkan sebanyak 0.78 sen. kalau harga sebenar? RM 4860 setahun untuk mengisi petrol!! Kenaikkan yang mendadak!! Itu hanya jumlah untuk 1 kereta, dan minimum 5 liter satu kereta. Dalam malaysia terdapat lebih 100 000 kereta. Jika kita darabkan maka jumlahnya RM 486 000 000 keuntungkan yang dikaut dari kerajaan! dan jumlah ini mampu membuatkan golongan yang miskin semakin miskin, dan yang kaya semakin kaya!

 

Rakyat mula terfikir, adakah tindakkan DR M untuk meminta Paklah berundur adalah satu keputusan yang baik atau sebaliknya? Kontrovesi yang melanda rakyat menjadi topik semakin hangat, kerajaan mula menafikan hak-hak rakyat dan yang lebih ketara hak-hak melayu, isu-isu yang berkait rapat adalah biasiswa pelajar cina, isi kerakyatan, isu pulau batu putih yang kini telah jatuh ke tangan singapore, isu kenaikkan harga beras walaupun negara kita adalah negara pengeluar beras, "kita tidak mempunyai masalah beras" tapi kenapa harga naik???? Harga minyak sudah hampir sama dengan harga minyak dithailand, Thailand tidak ada TOL dan CUKAI. Ke manakah para interlektual kita? penganalisis ekonomi? kes altatuya, pemimpin yang berkaliber? masuk ISA, Tuduh Liwat, Menteri Menteri? Wallahuaklam! Wakil rakyat? Boleh pakai lagi ke? Kerajaan perlu jawab persoalan-persoalan ini, kerana RAKYAT SUDAH MULA HILANG KEYAKINAN TERHADAP KEPIMPINAN KERAJAAN. Apa lagi yang ingin kerajaan seksa dan kerah rakyat? Gembar gembur mengatakan harga Elektrik pula akan naik. Harga barangan semua akan naik, akan tetapi bagaimana dengan gaji pekerja? Adakah negara kita akan dirundum masalah sama dengan di rusia? gaji rendah barang mahal?

 

Jika rakyat mula bersuara, mereka pangkah dan katakan salah, bila rakyat memberi tekanan, mereka humban rakyat ke dalam penjara. Adakah mereka telah lupa bahawa mereka di atas sana kerana SUARA RAKYAT? adakah mereka sudah LUPA? Maka tepatlah! MELAYU MUDAH LUPA! Jika anda rasa kerajaan perlu untuk membuat satu anjakan paradigma maka sebarkanlah info ini.

Fikir-fikirkanlah..

Comments (14)add comment

fuqaha said:

dari mane ko dapat article ni? Better bace yg ini, tambah pengetahuan sket.

The Hidden costs of Fuel Subsidies (International Herald Tribune)
http://www.iht.com/articles/20...rcol05.php
 
report abuse
vote down
vote up
June 05, 2008
Votes: +0

ShahMatRock said:

gua skang travel nek lrt je beb. wahahahaha
 
report abuse
vote down
vote up
June 06, 2008
Votes: +0

afiqnasir said:

Aku rasa semua orang sedar yang harga minyak akan naik, sooner or later. Especially sebab government dah tahan as long as possible sebab elections and finally naik lepas elections. The thing is, aku bengang yang diorang guna taktik tipu rakyat. Aku teringat janji Pak Lah tentang tarikh elections and how takder ilham and so on and then suddenly, Malaysia dah ada elections. Obviously Pak Lah ingat cara nak avoid panic is to lie straight to our faces and then make a n about turn. One thing this government has not realized is that if they keep lying, people will soon no longer trust them. I know I don't. And it seems our government likes experimenting and making decisions that are not fully thought through. Banning sale of oil to foreigners and then lifting it. It's as if they didn't have any discussions at all before making these decisions. I'm not trying to justify price of oil or sale of oil to foreigners but I'm just sick and tired of rash and random decisions and blatant lies to the people.
 
report abuse
vote down
vote up
June 07, 2008
Votes: +0

aroy121 said:

pak lah hebat , bakal menyusahkan lagi rakyat jelata. menantu mu makin lamer makin kaya
 
report abuse
vote down
vote up
June 08, 2008
Votes: +0

ayam rebus said:

parti mana la yg memerintah..............?
haih..... smilies/sad.gif
 
report abuse
vote down
vote up
June 10, 2008
Votes: +0

zafirah said:

tulah BN........Bungkus Najis
hahahahahaha
psl minyak naik ummi aq cakap nak potong line internet
hah...!!!!!! dah la.. aq nie addict kat internet smilies/grin.gif smilies/angry.gif
 
report abuse
vote down
vote up
June 10, 2008
Votes: +0

matpie said:

syot beb
aku dlu isi minyak full, dlm 6-7 ragok jek
skang isi full 8-9 ragok
adooo
 
report abuse
vote down
vote up
June 11, 2008
Votes: +0

aroy121 said:

haha, thats your problem not mine.
 
report abuse
vote down
vote up
June 12, 2008
Votes: +0

Lt_abe said:

disebabkan sume mende naik skang, aku xnak kawen awal. bahaya. gile pe nak support family ngn keadaan ekonomi skang. aduhla... kucar-kacir r pentadbiran PaK Lah nih. mmg melayu sejati, slow dan last minit. Pening r weh... sies aku dah mula pikir kalo dah keje nanti leh botak kepala aku pikir duit. hahaha. xpon, aku masuk politik gak r. jd YB, n try ubah balik kekalutan skang. perghhh.. perzen best. Aku sarankan mane2 yg mampu tuh, xpyh pakai kete mewah le. pakai Proton Savvy je n Kancil, jimat minyak negara dan duit poket anda sendiri.HoHooo.. beli moto Honda je kawan2. jimat minyak gak tuh. n makan lak masak sendiri kat umah sewa anda. Kurangkan Topup kpada awek2 anda. biar dorang topup sendiri. kalo dating, sama2 byr. biar r nmpak xgentlemen pon, haha. smilies/cheesy.gif .
n time drive, just shortshift jela gear tuh n kurangkan shift gear. so, kalo kat lembah Klang tuh nek LRT je r weh. hoho. hahaha.
aduh.. pe lagi nak ckp nih.xda dah kot. Peace Malaysia.
 
report abuse
vote down
vote up
June 12, 2008
Votes: +0

eyedeal said:

huhu.. skang ni nk isi minyak wira pn dh mcm isi utk kete bmw.. skali isi nk kena atleast rm100.. tp nk wt cmner kn guys.. price of oil is definately going up.. no question ask.. mmg x leh avoid dh.. kire kite ni patut bersyukyr lh gk cz our price still under rm3.. aka.. us dollar 1 jer.. kalo kat us tu.. up to today.. dh us $4.99 dh.. aka.. more than rm15.oo per liter.. so wahai rakan2.. just face it lah.. so now kena blajar berjimat lah.. some tips.. to those yg bwk kete.. 1) kalo bwk kete.. pki crusing speed.. meaning.. jgn byk main gear.. dh s yah dh nk ngade2 nk main racing on the road.. lg korang tekan.. lg laju lah korang kn melawt shell n petronas tu.. hehe.. 2) ni aku bacer dlm internet.. kalo parking.. biar masuk blakang dulu.. sbb aku x tau..3) kalo tgh waiting.. tutp enjin tu.. although x drive tp minyak still pakai gak.. so nk jimat.. tutup enjin.. lbh2.. korang cr lh dlm internet.. ni aku dpt from star.. try type.. hypermiling kat yahoo search..
 
report abuse
vote down
vote up
June 12, 2008
Votes: +0

ikhwan said:

kite mane leh convert currency kalau nk compare harga. kalau cmtu, kite mst convert gaji jgk. let say gaji jawatan yg same $2500 kt sana n rm2500 kt sini. so mane yg lg tggi? lgpn public transport kt sana efficient. dorg leh fully depend on public transport. waiting time x lama. punctual. kt sini? kite sndiri pn tau kn.. dr dulu smpai skrg x brubah2. dorg dr town ke town leh je naek train. lrt kt msia ade kt klang valley je pn. let say dr kl nk g ipoh. kene naek bas. skrg pn dngr mcm2 cite psl bas ekspress. accident sane sini. nk lbh slamat, trpaksa la drive sndiri.
 
report abuse
vote down
vote up
June 13, 2008
Votes: +0

joebar said:

ala aroy..ko supply la myk gamat kt mmber batch,cnfirm beribu kilometer jauhnye kereta boley jalan..hahahaha
lek bro,gurau aje..hehe smilies/grin.gif
 
report abuse
vote down
vote up
June 13, 2008
Votes: +0

Lt_abe said:

NtAhla. haRga MinYak mentaH DUnia memamg naik. xda masalh. dah mmg minyak dunia dah nak abes. dipercepatkan pulak oleh si iblis Bush tuh yg nak cari miynak kat iraq sampai porak peranda dunia. msia plak nak komersialkan minyak mlaysia unutk dapat keuntungan tanpa peduli nasib rakyat, cuba jadi cam Venezuela( xpasti ) yg guna minyak mereka untuk rakyat n kegunaan domestik dorang jer. senang ati rakyat sbb seliter xsampai singgit je. haih.minyak naik xpe, jgnla gaji n elaun kena potong lak. zaman mahthir dulu ada mcm2 elaun. zaman Pak lah??????? habuk!!! kasik gaji naik kononnya aritu. naik la sgt, tapi instead, mcm2 benda lain naik! kre krajaan kasik kat rakyat tuh dah diambil semula. They gave Nothing Except Keuntungan N kekayaan kat golonGan2 Dorang Kaum2 kerabat dorang n abaikan rakyat yg sederhana n miskin. ape, Msia nak jadi Cam India??? yg Kaya teramat kaya dan yg miskin teramat fakir miskin sampai bersepah kat tepi jalan mintak sedekah?? . Bodoh la pemimpin skarang. sume nak pangkat, duit, keuntungan n kepentingan peribadi. haa.. ni dah masuk bab politik nih. huhu. tapi, mmg la, sbb politik kotor ni la rakyat jd susah. Minyak naik xpe, tp xpayah la menipu rakyat. Latest PM kata harga minyak xkan naik dalam mase setahun nih. Penipu. sedangkan yang dia kata nak naik harga minyak bulan lapan, tiba2 je bulan nam dah naik?? atleast nak naik trus, naik la. jgn maenkan rakyat, jangan tipu rakyat. tarif elektrik naik sbb minyak naik.. kalu betulla kjaan nak tlg rakyat, nape g swastakan TNB tuh??? Bila dah jadi swasta.... so.....keuntungan jela yg menjadi fokus utama..huhuu.. bangkai tol. pasni org bukan xnak pakai keta besar dah, bahkan tv besar pon dah xpakai sebab tarif elektrik naik sejajar dgn naiknya harga minyak. sat gi r plak aku membebel.. ada keje kene wat.. chiao!!!
 
report abuse
vote down
vote up
June 15, 2008
Votes: +0

maro90 said:

korg naek beskal je la..
x pon menapak ramai2 smbl isap rokok..
pasti x pnt..
 
report abuse
vote down
vote up
June 29, 2008
Votes: +0

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
Last Updated ( Thursday, 05 June 2008 )
 
< Prev
[+]
  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size