 Guys.. dont if u've heard but TPM had just announced that there will be no more election thingy in schools.. meaning no more choosing president etc. for anything.. not even clubs, societies, uniform bodies or even student rep.. how unfortunate.. i could not even think the outcome of it.. anyway here i post an article from Berita Harian Online for your reading.. perhaps you can comment on the post.
'Pilihan raya di sekolah wujud semangat berpuak'
Oleh Zanariah Abd Mutalib
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Keputusan larangan langkah terbaik elak perpecahan pelajar
KUALA LUMPUR: Keputusan Kementerian Pelajaran melarang semua
sekolah mengadakan pilihan raya memilih wakil pelajar disambut baik oleh
pelbagai pihak dan disifatkan sebagai langkah terbaik mengelakkan
perpecahan dan kehidupan berpuak-puak di kalangan pelajar.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan
Omar, berkata ada banyak cara lain untuk melatih pelajar menghayati erti
demokrasi, termasuk melalui ceramah atau taklimat, selain penerapan
dalam proses pembelajaran, bukan melalui pilihan raya yang hanya akan
mewujudkan semangat berkumpulan.
"Kanak-kanak tidak dapat menghayati erti demokrasi kerana mereka
terlalu muda untuk memahami maksudnya yang sebenar.
"Pilihan raya di kalangan mereka akan hanya mengundang
semangat berkumpulan melalui kempen yang dijalankan, berbeza dengan
matlamat sebenar sekolah yang menggalakkan penyatuan," katanya kepada
Berita Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan
kementerian yang melarang pengetua dan guru besar sekolah seluruh negara
mengadakan pilihan raya memilih wakil pelajar setelah mendapati usia
murid terutama di sekolah rendah masih terlalu muda untuk tujuan itu.
Sebelum ini, beberapa sekolah mengadakan pilihan raya memilih
wakil pelajar, termasuk Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1
(SKTTDI1) yang mengadakannya pada 11 Januari lalu dengan pemantauan
sepenuhnya oleh SPR Wilayah Persekutuan.
Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu
Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan,
berkata keputusan kementerian itu selaras dengan saranan yang pernah
disuarakan pihaknya sebelum ini supaya pilihan raya memilih wakil
pelajar tidak diadakan kerana mengganggu tumpuan kepada pelajaran.
"Ia juga membawa banyak perkara negatif contohnya ketika
berkempen, ibu bapa dan anak akan berpuak-puak serta penyebaran budaya
politik wang dan saya juga tidak fikir guru akan bebas daripada
menyebelahi mana-mana pelajar," katanya.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia
(NUTP), Hashim Adnan, berkata pilihan raya itu sememangnya tidak perlu
diadakan sama sekali memandangkan guru sudah cukup profesional dalam
mengenal pasti pelajar berpotensi untuk menjadi ketua.
|