| 10th Anniversary Celebration Update! |
| Written by ShahMatRock | |
| Tuesday, 24 November 2009 | |
![]() Terkini - Tarikh yang telah dipersetujui untuk mengadakan sambutan ulangtahun batch kita yang ke-sepuluh ialah 22, 23 dan 24 Januari 2010. Aktiviti sambutan akan bermula pada 23 Januari dan berakhir pada 24 Januari. Tarikh 22 Januari itu adalah hari untuk berkumpul bersama-sama bagi rakan-rakan yang tinggal jauh dari destinasi kerana pengangkutan ke sana adalah dengan menaiki kenderaan sendiri. e.g. carpool, menaiki bas atau lain-lain. Destinasi - Port Dickson. Atas sebab-sebab tertentu destinasi Cherating telah ditolak. Pertamanya adalah kerana musim tengkujuh dan angin monsun yang melanda pantai timur pada waktu tersebut menyebabkan destinasi tersebut tidak sesuai. Ini adalah kerana aktiviti-aktiviti yang dijalankan banyak melibatkan aktiviti luar di pantai. Risiko tidak akan diambil untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Kos - Penggunaan wang yang banyak juga menjadi faktor destinasi Cherating ditolak. Kos yang diperlukan untuk menjayakan aktiviti ini di Port Dickson adalah RM150 seorang. Wang tersebut hendaklah didepositkan kedalam akaun yang akan diberikan nanti. Senarai aktiviti dan jadual program akan diberitahu secepat yang mungkin. Tujuan pengumuman ini dibuat awal adalah agar anda dapat mengumpul wang tersebut dalam waktu terdekat. Diharap agar anda dapat menyertai aktiviti ini kerana ia jarang diadakan dan ia adalah sambutan ulangtahun batch kita yang ke-sepuluh. Rakan-rakan yang telah membaca pengumuman ini bolehlah memberitahu kepada rakan-rakan yang lain yang tidak mempunyai akses kepada internet dan tidak mempunyai akaun facebook. Anda boleh berbincang sesama sendiri mengenai pengangkutan dan sebagainya. Ingat, aktiviti ini mengsasarkan lebih daripada 50 orang. RSVP di facebook telah diberi. Sila sahkan kedatangan anda disana. Senarai ahli batch yang akan menyertai akan dibuat. Kepada mereka yang tidak mempunyai facebook bolehlah mengesahkan kehadiran dengan menghantar sms ke nombor 012-686 2535 dengan menyertakan nama. Sekali lagi diharap agar anda dapat memberitahu perkara ini kepada rakan-rakan yang tidak mempunyai akses internet dan akaun facebook. Sebarang pertanyaan sila login dan komen dibawah. Sekian, terima kasih.
Set as favorite
Bookmark
Email this
Hits: 533 Comments (20)Subscribe to this comment's feedShow/hide comments ...
PD tu ada banyak tempat. Kita nak buat kt area mane? lgpun PD dah kotor la. Ni Rosdi dgn afiqkhan mane ni? gi bersihkan PD tu seblum member2 batch lain sampai. hahaha.
...
wah..nie bkn maen kasar lg..xkn aku plak nk kna bersih..bertahun dh xpg sna..xpela..mmber batch pnyer psl aku bersihkn la..nnt korang ktuk plak n9..mng piala malaysia pon kna kutuk..ahahah..
IDOP NOGORI..ahahaha ...
hahaha. jgn marah afiqkhan. biase la tiap kali gathering batch kita kena jadi homeground. So, ape2 hal tuan rumah kena hentam dulu la..
Write commentYou must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.
|
|
| Last Updated ( Thursday, 26 November 2009 ) |