You are here: Home
IPT tempat mencari jodoh? (0 viewing) 
Post Reply << Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 Next > End >>
IPT tempat mencari jodoh?
by joebar 2 Years, 3 Months ago
KECOH di Dewan Negara, baru-baru ini apabila Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Adham Baba, menyatakan khalwat dan berdua-duaan adalah kes paling tinggi dikenakan tindakan tatatertib membabitkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Perangkaan menunjukkan sejak 1971 hingga awal tahun ini sebanyak 381,735 kes membabitkan kegiatan berkenaan dikenakan tindakan tatatertib. Cukup mengejutkan! Tentu ramai yang tertanya-tanya, apa sudah jadi dengan mahasiswa hari ini?

Adakah mereka lebih mementingkan cinta daripada pelajaran sehingga terbabit dalam kegiatan tidak bermoral? Malah ada yang mengaitkan kegagalan mereka mendapat keputusan baik dalam peperiksaan kerana lebih mengutamakan cinta daripada pelajaran.

Pensyarah Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia, Mohd Ismail Mustari, berkata masyarakat seharusnya tidak mudah melatah apabila memperkatakan mengenai hubungan cinta di kalangan mahasiswa, sebaliknya cuba memberi ruang kepada perbincangan yang positif.

“Pernikahan adalah satu tuntutan yang tidak dapat dipisahkan dalam memperkasakan sistem kekeluargaan. Berdasarkan ini, kita harus memahami bahawa cinta tidak boleh dielakkan kerana itu naluri manusia. Pelajar IPT juga remaja yang sudah mula memahami mengenai cinta dan tidak dinafikan peringkat usia ketika di IPT itu adalah waktu untuk mereka mengenali bakal pasangan.

“Justeru, masyarakat perlu memahami bahawa cinta itu juga satu keutamaan dalam hidup. Apa yang penting, masyarakat khususnya ibu bapa tidak memandang serong kehendak mereka itu, sebaliknya cuba memahami jiwa muda dan berikan panduan terbaik,” katanya.

Hakikatnya, perasaan cinta sememangnya tidak dapat dielakkan dan tidak wajar menyalahkan pelajar 100 peratus. Sebagai remaja mereka tidak dapat mengelakkan diri daripada mengalami keadaan seperti itu. Terpisah daripada keluarga buat seketika mungkin membuatkan jiwa mereka kosong dan memerlukan pasangan yang sesuai untuk berkongsi segala masalah dan bertukar-tukar pendapat.

Berdasarkan kajian yang dijalankan Mohd Ismail mengenai pro dan kontra pernikahan semasa belajar, seramai 51 peratus responden menyatakan keinginan untuk bernikah semasa belajar. Jumlah berkenaan boleh dikatakan agak tinggi, tetapi tidak seharusnya dilihat dari sudut yang negatif.

“Ada pelajar yang boleh mengimbangi antara pelajaran dan juga cinta, tetapi ada juga yang tidak. Yang penting, kita sebagai orang dewasa seharusnya membantu mereka supaya tidak hanyut dalam hubungan berkenaan. Cinta yang didorong perlakuan negatif boleh menghancurkan, tetapi jika bersifat positif akan membawa seribu kebaikan,” katanya.

Beberapa pelajar IPT yang ditemui turut bersetuju dengan pandangan berkenaan. Ada yang berpendapat IPT amat sesuai untuk dijadikan tempat mencari jodoh kerana banyak pilihan dan semuanya tergolong dalam golongan cerdik pandai.

Malangnya, ada juga pelajar yang menjadikan IPT sebagai tempat untuk berseronok kerana tidak lagi terikat dengan peraturan seperti yang berlaku semasa zaman sekolah. Di IPT segalanya bebas terutama daripada pengawasan kedua ibu bapa. Semua keputusan berada di tangan sendiri untuk menentukan baik buruknya sesuatu perkara.

Walau bagaimanapun, keadaan ini boleh membawa kesan negatif terutama kepada proses pembelajaran sekiranya pelajar berkenaan terlalu taksub dengan hubungan yang dijalin sehingga mengabaikan pelajaran.

Kesan paling besar yang mungkin timbul daripada situasi ini ialah berlakunya keruntuhan akhlak yang sekarang ini banyak dipaparkan di akhbar tempatan. Laporan akhbar mengenai pelajar IPT yang mengandung anak luar nikah selain kes membuang bayi harus dijadikan pedoman dan iktibar.

Kealpaan mereka pasti amat membimbangkan ibu bapa dan masyarakat lebih-lebih lagi jika anak mereka dikenakan tindakan tata tertib akibat kelakuan tidak senonoh seperti berkhalwat.

Oleh itu, tepuk dada tanya selera. Terpulang kepada mahasiswa itu sendiri untuk menilai dan membuat perbezaan antara baik dengan yang buruk. Tidak semua berlaku atas sebab yang tidak disengajakan dan setiap perkara itu ada batasnya. Jika terpisah jauh dengan ibu bapa sekalipun, pertimbangan dan keputusan yang betul wajar ditentukan agar tidak menyesal kemudian hari.

Mahasiswa dan mahasiswi tunggak kemajuan negara. Mereka bertanggungjawab menentukan hala tuju negara pada masa hadapan yang lebih mencabar.

--------&gt;&gt;&gt;INSAFLAH KAWAN2,CINTA HANYALAH SEMENTARA,CINTA KEPADA TUHAN YANG PALING UTAMA&lt;&lt;&lt;---------
The administrator has disabled public write access. | Report to moderator   Logged Logged  
Re:IPT tempat mencari jodoh?
by kasoh??? 2 Years, 3 Months ago
IPT tempat carik awek??hurmm.....
alaa joebar....ko tuh carik lagi awal...blom sempat aku nak carik,,,ko dah berpunyer...hadoii...kalah lagi aku...

kalo dah gatal sangat...pegi jer laa kawen...kan harmoni rumah tangga..orang pon x bley nak kutuk...kalo berdua2..dah mcm belangkas..maen sana...maen sini...lompat sana...lompat sini...atas sana..atas sini....kalo dah kawen....
ko nak buat freestyle pon x per...saper pon x larang....huhuhuhuhu
The administrator has disabled public write access. | Report to moderator   Logged Logged  
Re:IPT tempat mencari jodoh?
by zainal 2 Years, 3 Months ago
kasoh??? wrote:
QUOTE:

wahaha.. sume da ade awek masuk U nie.. ak gak yg x de.. bende 2 mcm x leh d percayai je.. knp ak x cr pon?? wahahaha
The administrator has disabled public write access. | Report to moderator   Logged Logged  
Re:IPT tempat mencari jodoh?
by ikhwan 2 Years, 3 Months ago
zainal wrote:
QUOTE:
wahaha.. sume da ade awek masuk U nie.. ak gak yg x de.. bende 2 mcm x leh d percayai je.. knp ak x cr pon?? wahahaha :whistle:

aikk??ye ke...
The administrator has disabled public write access. | Report to moderator   Logged Logged  
Re:IPT tempat mencari jodoh?
by fuqaha 2 Years, 3 Months ago
kasoh??? wrote:
QUOTE:
IPT tempat carik awek??hurmm.....
alaa joebar....ko tuh carik lagi awal...blom sempat aku nak carik,,,ko dah berpunyer...hadoii...kalah lagi aku...

kalo dah gatal sangat...pegi jer laa kawen...kan harmoni rumah tangga..orang pon x bley nak kutuk...kalo berdua2..dah mcm belangkas..maen sana...maen sini...lompat sana...lompat sini...atas sana..atas sini....kalo dah kawen....
ko nak buat freestyle pon x per...saper pon x larang....huhuhuhuhu

<br><br>Post edited by: admin, at: 2006/05/23 19:31
The administrator has disabled public write access. | Report to moderator   Logged Logged  
Re:IPT tempat mencari jodoh?
by ikhwan 2 Years, 3 Months ago

ni plak camne?wahaha..
The administrator has disabled public write access. | Report to moderator   Logged Logged  
Post Reply << Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 Next > End >>
       
Powered by FireBoardget the latest posts directly to your desktop
[+]
  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size